Received by email forward by my friend:-
Enjoy the reading. Sorry no translation to English.
Subject: FW: jawapan untuk MEREKA YANG MENGUTUK PETRONAS
“Sebab bila ramai mengisi minyak Petronas, makin besarlah untung Petronas. Bila
makin besar untung, makin besarlah bonus yang orang-orang Petronas dapat”.
Begitulah fitnah yang telah dilemparkan kepada Petronas. Dari segi hak asasi, anda berhak
mengisi minyak di mana-mana setesen minyak. Kalau anda mahu, anda
boleh mengisi air mineral ke dalam tangki kereta anda, itu adalah hak anda.
Namun apabila Petronas dan para pekerjanya difitnah sehingga peringkat
itu, saya berpendapat itu sudah menjadi perkara yang tidak patut.
Sebelum anda memulaukan setesen-setesen Petronas di atas apa jua alasan, duduklah berfikir
barang sejenak. Jika pun benar Petronas menjual minyak tempatan dengan
harga yang tinggi dan membeli minyak luar dengan harga yang rendah, bukankah
suatu langkah yang bijak? Apabila di tambah nilai melalui proses
penapisan, bukankah itu suatu perniagaan yang menjana keuntungan?
Apakah anda fikir Petronas boleh mengeluarkan produk petrolumnya secara
sesuka hati tanpa menurut piawaian yang ditetapkan, seumpama orang menjual
nasi lemak yang saiz dan harganyanya ikut suka hati mereka? Mungkin tidak
berapa tepat untuk membuat perbandingan berikut. Namun jika anda
seorang pengeluar tempoyak sedangkan anda mempunyai berhektar-hektar dusun
durian yang baik baka dan buahnya, sudah pasti anda akan menjadi seorang
yang bijaksana dengan menjual durian anda yang tinggi harga pasarannya
dan membeli durian yang kurang mutunya selagi anda masih boleh menghasilkan
tempoyak yang dapat memenuhi spesifikasi pelanggan.
Anda menyaksikan ratusan rakyat beratur di setesen-setesen minyak untuk mendapatkan bekalan
minyak pada harga kurang dari RM2.00 seliter yang mungkin untuk kali terakhir
di dalam hidup mereka. Semenjak pukul 5:30 petang pada hari “bersejarah”
itu kenderaan telah beratur, barisannya semakin malam semakin panjang dan
semakin sesak. Apakah anda fikir di antara mereka tidak terdapat
kakitangan Petronas kerana anda menyangka mereka semua boleh menyedut minyak
daripada tangki-tangki minyak yang ada di kilang mereka? Anda perhatikan,
setesen minyak mana yang tiada sifat perikemanusiaan dengan meletakkan
kon-kon tanda kononnya “kehabisan bekalan” semata-mata untuk memastikan
“bonus” untuk mereka selepas pukul 12 tengah malam itu.
Anda pulang ke kampung-kampung dan menyaksikan perit pedih orang-orang miskin mencari
sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Mereka semua tiada “rebate”
kereta dan tidak mendapat menafaat penurunan cukai pendapatan justru mereka
“tidak layak” untuk membayar cukai. Sebahagian mereka mungkin sebelumnya
berada di pinggir kemiskinan tetapi pada 5 hb. Jun lalu terus tersungkur
ke lembah kemiskinan. Apakah anda fikir tidak ada di antara mereka
adik-beradik, sepupu sepapat dan ipar duai orang Petronas? Apakah
mereka semua tidak ada di dalam hati perut orang Petronas sehingga orang
Petronas boleh berpesta laksana orang tidak siuman untuk meraikan kenaikan
harga minyak yang anda katakan memberi keuntungan besar itu?
Anda pergi ke kedai-kedai makan, ke pasar, ke kedai-kedai barang keperluan dan melihat
peningkatan harga yang kelak membolehkan inflasi meningkat sehingga 5%.
Apakah anda merasakan bahawa orang-orang Petronas tidak berada di kalangan
para pengunjung yang murung dengan peningkatan itu kerana mereka boleh
sahaja minum minyak dan “condensate” yang mereka proses, atau meratah “sludges”
dan “spent catalyst” yang ada di tempat mereka?
Anda pulang
ke rumah anda, di kawasan taman yang dipenuhi rumah teres. Kawasan
semacam perkampungan setinggan yang jiran sebelah menyebelah pun kadang-kadang
menyakitkan hati dan telinga. Apakah anda fikir merasakan bahawa
orang-orang Petronas tidak duduk di situ, justru mereka semua kaya raya
lalu tinggal dengan penuh senang lenang di banglo atau paling bangsat di
rumah “semi-d”?
Pada saya, adalah
amat benar jika anda menyatakan bahawa bila ramai mengisi minyak Petronas,
makin besarlah untung Petronas. Di dalam ilmu peruncitan, “small margin
& big volume” adalah salah satu strategi untuk mendapatkan keuntungan.
Namun apakah anda sedar, bahawa dari setiap RM1.00 keuntungan Petronas,
lebih 75 sen di pulangkan semula kepada negara, dan Petronas cuma mendapat
25 sen. Yang 25 sen inilah yang digunakan untuk melebarkan perniagaan
di luar negara, menjalankan kerja-kerja carigali, membena kilang-kilang
yang baru, meningkatkan pengeluaran kilang-kilang yang sedia ada, menambah
nilai produk, membena modal insan, dan membayar upah kakitangannya termasuklah
pembayaran bonus, jika ada. Saya katakan jika ada, justru bonus Petronas
untuk kakitangan eksekutifnya bukanlah dibayar secara kontrek, tetapi di
atas budibicara majikan.
Saya tidak pasti
sama ada ada kakitangan yang dibayar sehingga 13 bulan. Namun saya
telah berada di dalam Petronas selama 25 tahun dan saya belum pernah menerima
bonus sebanyak itu. Malahan pada penghujung abad kedua puluh yang
lalu apabila negara mengalami kegawatan ekonomi, eksekutif Petronas tidak
menerima kenaikan gaji meskipun syarikat beroleh keuntungan dan kakitangan
bekerja memenuhi kalaupun tidak melebihi tahap keperluan. Sedikit
kecewa sebagai seorang insan biasa, tetapi orang-orang Petronas yang tinggi
semangat mereka untuk berkhidmat menguruskan amanah Allah melalui pengurusan
minyak negara terus berkhidmat dengan sabar dan tekun, bersatupadu, setia,
berintegriti dan professional.
Anda mungkin
puashati apabila Petronas menjadi PetroNO, lalu kesemua kegemilangan Petronas
bersemadi di dalam buku sejarah organisasi. Seterusnya lambang-lambang
merah, atau biru atau oren akan menguasai pasaran. Apakah anda fikir
mereka dapat memulang 75 sen dari setiap RM1.00 keuntungan mereka kepada
negara, seperti mana yang dilakukan oleh Petronas? Mereka mungkin
mahu menjadi syarikat yang bertanggung jawab, tetapi saya rasa mereka tidak
akan sampai ke tahap itu.
Ada orang mengibaratkan
Petronas seperti seekor angsa yang bertelur emas. Anda boleh sahaja
menyembelih dan mengkari angsa itu, dan menggantikan dengan seekor angsa
yang lain yang anda ambil dari reban jiran anda. Namun saya khuatir angsa
itu akan kembali ke rebannya untuk bertelur selepas anda memberinya makan
sehingga kenyang, lalu anda bukan sahaja tidak mendapat telurnya, tetapi
dia tidak akan kembali lagi untuk anda sembelih dan jadikan lauk anda.
Meskipun angsa bertelur emas itu boleh sampai ke tahap “menopause”, namun
ketika ini dia masih produktif dan masih berguna untuk kita semua, termasuk
anda. Adalah lebih bijak jika anda dapat mengambil alih menjadi pemilik
kepada angsa tersebut, lalu anda boleh memiliki telurnya, dan anda boleh
membahagikannya kepada semua orang dengan penuh adil dan saksama.
Akhirnya, anda
berhak melakarkan rupa hodoh wajah orang Petronas di dalam hati & sanubari
anda. Namun anda perlu ingat orang Petronas tidak lapar dan pelahap
terhadap sumber negara yang di amanahkan kepada mereka. Anda buatlah
kajian anda sendiri. Carilah syarikat minyak mana di negara ini yang
paling murah menggaji pekerjanya. Jika ada anak syarikat Petronas yang
merupakan ‘joint venture” dengan syarikat asing, culalah gaji siapa yang
lebih besar meskipun bidang tugas dan hasilkerja tidak jauh berbeza.
Orang Petronas tahu jawapannya, tetapi kami mahu terus berbakti dan memikul
amanah itu.
Saya tegaskan
sekali lagi, anda boleh menjadikan Petronas kepada PetroNO, tetapi percayalah
yang paling terjejas kelak bukan Petronas, tetapi rakyat marhen di seluruh
negara. Apakah anda sanggup memikul sumpah seranah mereka? Jika anda
sanggup, dipersilakanlah…… – AdaNama
Artikel asal,
FW: Mengapa Rakyat Perlu Bertukar Daripada Petronas?
Wahai warga Malaysia sekelian…. .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas…. .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu….
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu…. Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia…tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun…Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A…Diulangi Minyak Gred A…….semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara…jadi petronas telah beli pulak minyak gred C…Diulang Gred C…..untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas…. dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali…maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B…Inilah yg rakyat malaysia tak tahu…kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye…
Untuk pengetahuan anda semua…semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan “isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik”…Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu…..Minyak tetap naik jugak kan….Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas…sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas…bila makin besar untung…makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat…Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja…Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati…. Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat….Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia…masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap “bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)”dah la gaji dia rm 6+++…Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus….Pasal Peraduan Car Craze……yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas…apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze…Semua rakyat dapat rasa..ni tidak…dahla jual minyak gred C….Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu…aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia…tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda…
DISCLAIMER: This e-mail and any files transmitted with it (“Message”) is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.